Épisodes

  • Tsunami Pembohongan di Era DJT 2.0
    Feb 5 2026

    𝗧𝗦𝗨𝗡𝗔𝗠𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗢𝗛𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗝𝗧 𝟮


    Soal percaya atau tidak percaya kepada sesuatu yang bersifat abstrak kita maklum ia rumit bagi sesetengah orang. Namun bersediakah kita untuk berdepan dengan suatu zaman di mana mata melihat sesuatu yang jelas, namun manusia diminta menafsirkan sebaliknya?


    Inilah yang menakutkan saya apabila melihat senario yang sedang berlaku.


    Ia bukan hal Amerika Syarikat semata-mata.


    Apabila kita meneliti pendidikan, budaya, politik, dan media dalam sejarah masyarakat tersebut, kita akan nampak “ramuan” yang membawa kepada keadaan hari ini. Dan yang membimbangkan, ramuan yang sama turut dijamah oleh masyarakat kita, walaupun dalam bentuk dan kadar yang mungkin berbeza.


    🔴 Baca artikel penuh di pendidikanjalanislah.substack.com


    #hasrizalabduljamil #iqra2026 #pendidikanjalanislah #pemikiran

    Afficher plus Afficher moins
    6 min
  • Cabaran Zaman Suci Dalam Debu
    Dec 9 2025

    Kita mengingatkan diri tentang keadaan akhir zaman yang penuh dengan keterbalikan, apabila kebohongan diraikan dan kebaikan dipandang buruk. Kita melihat bagaimana amanah dan pengkhianatan semakin mengelirukan dalam masyarakat, lalu menuntut kita untuk mencari pedoman yang benar agar tidak hanyut dalam kekacauan nilai. Kita turut menyedari kewujudan golongan yang menyesatkan, memberikan panduan tanpa ilmu. Kritikan As-Sana’ani terhadap tahun-tahun yang menipu mengingatkan kita bahawa peranan Ahlul Haq sering tidak dimainkan, sedangkan kitalah umat yang dipertanggungjawabkan untuk menegakkan yang benar dan menolak yang salah.


    Dalam konteks hari ini, kita juga berhadapan dengan pengaruh algoritma dan media sosial yang membentuk wacana serta cara maklumat tersebar, seiring perubahan pengalaman internet daripada era Web 1.0 kepada Web 2.0. Platform yang dahulunya menjadi ruang diskusi yang sihat semakin merosot fungsinya.


    Sejajar dengan kegelisahan ini, saya cuba meneroka persoalan tersebut melalui buku baharu yang bakal terbit bersama IMAN pada tahun 2026 nanti. Mudah-mudahan usaha ini menjadi manfaat untuk kita saling menguatkan, menghadapi ujian zaman yang ibarat ‘suci dalam debu’. Kita memohon doa agar proses penerbitan berjalan lancar dan memberi kebaikan kepada semua.


    #hasrizalabduljamil #bukuiman #bukuhasrizal #bukuhasrizal2026 #pendidikanjalanislah

    Afficher plus Afficher moins
    3 min
  • Pendidikan Kita Maju Apabila Pelajar Lemah Dibantu
    Nov 28 2025

    Mus’ab ibn Saad ibn Abi Waqqas RA menceritakan bagaimana bapanya Saad RA pada satu ketika pernah beranggapan kelebihan yang ada pada dirinya merupakan faktor kemenangan pihak Muslim. Ia disanggah oleh Nabi ﷺ dengan penegasan bahawa kita umat Islam beroleh kemenangan dan rezeki bukan kerana itu, tetapi apabila kita santuni golongan-golongan lemah yang memerlukan bantuan.
    Pada zaman itu, orang miskin, rendah taraf sosial, OKU, tidak mempunyai kedudukan dalam masyarakat, tidak mendapat pendidikan dan tidak signifkan untuk apa-apa.
    Sebab itulah Abu Jahal dan beberapa pemuka Quraish pernah mensyaratkan kepada Nabi Muhammad ﷺ andai baginda mahu dakwahnya mereka pertimbangkan, Rasulullah ﷺ hendaklah menyingkir kelompok ‘low class’ berkenaan kerana pembesar Quraish itu tidak selasa bergaul dengan golongan sedemikian. Kisah berkenaan menjadi latar belakang turunnya ayat 28 surah al-Kahf yang menjadi peringatan kepada baginda dan umatnya agar dalam urusan mendidik, jangan terpesona dengan peluang dan prospek hingga mensesiakan golongan yang ‘marginalised’ ini. Islam sahaja ketika itu yang membela golongan terpinggir tanpa diskriminasi, merealisasikan Islam sebagai agama yang benar-benar rahmatan lil alamin.
    “Kita menang dan beroleh rezeki kerana pembelaan kita ke atas golongan lemah” ini mengukuhkan lagi anjakan paradigma bahawa formula maju bukan pada melimpahkan sokongan dan peluang kepada golongan berprospek, kemudian pada masa yang sama mengabaikan mereka yang memerlukan bantuan.
    Inilah sisi paling rumit sepanjang advokasi saya untuk pendidikan adil dan saksama semenjak zaman sebelum mengenengahkan pendidikan inklusif lagi.
    Kita masih sangka kekuatan murid 20% teratas itu yang memajukan negara. Tetapi kalau tekuni sirah Nabi Muhammad ﷺ, kita menang dan beroleh rezeki hanya apabila kita santuni murid kelas belakang, murid OKU, murid yang tidak cukup dokumen untuk ada akses kepada pendidikan dan semua golongan yang dunia kata mereka beban lagi menyusahkan. Hanya Nabi Muhammad ﷺ sahaja yang kata mereka kunci kemenangan dan kemajuan kita.
    #pendidikaninklusif #inclusiveeducation

    Afficher plus Afficher moins
    8 min
  • Pendidikan Yang Mengabaikan Sebuah 'Abasa
    Nov 19 2025

    “Aduhai, seorang lagi!” keluh seorang guru.

    Muridnya ramai. Tanggungjawabnya banyak.

    Hari ini, kelasnya menerima seorang murid berkeperluan khas.

    Maknanya, kelas akan kacau. Beban kerja bertambah.

    Mujurlah keluh guru tadi sekadar rengus di dalam hati. Tidak terluah dek lidah, kerana beliau tahu akan tanggungjawabnya.

    Mudah-mudahan murid tadi dan ibubapanya yang kelihatan cemas itu tidak ternampak dahinya yang berkerut.

    “Bukankah senang, kalau ajar budak pandai-pandai sahaja!” kata hati guru tadi.

    Namun Allah ﷻ takdirkan di kelas itu, murid sedia ada sedang mengaji.

    Ada yang membaca Surah ‘Abasa. Surah menegur. Teguran dari langit menggegar bumi. Menggegar hatinya. Hati seorang guru yang seharusnya tidak lupa kepada teguran Allah kepada mahagurunya, Nabi Muhammad ﷺ.

    SURAH ‘ABASA

    Surah Abasa sering kita dengar, tetapi jarang kita tekuni dengan penuh kesedaran terhadap konteksnya. Ia bukan sekadar kisah seorang sahabat yang buta. Ia peringatan santun tetapi tegas tentang bagaimana manusia, termasuk seorang pendidik, boleh tersilap memposisikan keutamaan.

    Teguran ini ditujukan kepada insan paling mulia, Nabi Muhammad ﷺ.

    Bukan kerana Baginda mengasari Abdullah ibn Umm Maktum RA.

    Baginda ﷺ tidak mengangkat suara, tidak menghina, dan tidak sekali-kali meremehkan beliau.

    Namun teguran turun, kerana pada saat itu terdapat satu detik kecil – kerutan kening, gangguan hati – yang dalam timbang tara langit dianggap besar.

    https://saifulislam.com/pendidikan-yang-mengabaikan-sebuah-abasa/

    #PendidikanInklusif #tadabbur #inklusif #adhddewasa #ADHDMalaysia

    Afficher plus Afficher moins
    9 min
  • Kenapa Pendidikan Karakter? Mengapa Tidak Amalkan Pendidikan Islam?
    Oct 17 2025

    Kenapa guna pendidikan karakter? Mana pergi pendidikan Islam? Begini…

    Pendidikan karakter bukan lawan pendidikan Islam. Pendidikan karakter adalah istilah bidang pendidikan. Ia bermaksud, untuk bentuk akhlak (yang Islam ambil berat), ada strategi tertentu disediakan untuk mencapainya.

    Jemput dengar. Pertanyaan dan maklum balas saya alu-alukan. Komen tidak berakhlak, saya padam dan ban demi kebaikan kita bersama.

    #pendidikankarakter #charactereducation #shapingexcellentcharacter #khalifahmethod #pendidikanislam

    Afficher plus Afficher moins
    7 min
  • Hijrah Sebab Nak Kaya Walaupun Nabi ﷺ Larang?
    Sep 26 2025

    Komen 'Passive Agressive' Mengenai Hijrah ke Negara non Muslim
    Benarkah orang berhijrah kerana mengutamakan harta dan tidak mementingkan Akhirat?
    Apakah kefahaman yang betul mengenai hadis larangan Nabi ﷺ umat Islam tinggal bersama non Muslim?
    Luangkan masa empat minit anda mengikuti perbincangan ini.

    Afficher plus Afficher moins
    4 min
  • Surah al-Kahf Ayat 15: Musibah Era Kepercayaan Tidak Lagi Mementingkan Bukti
    Sep 19 2025

    Dalam beragama, soal kepercayaan bukan hanya membabitkan APA yang kita percaya, tetapi BAGAIMANA mempercayainya. Surah al-Kahf ayat 15 mengingatkan kita bahawa sebelum mempercayai sesuatu, kita kena hadirkan bukti. Ia disebut sebagai ‘Sultan Bayyin’. Video ini menjelaskan karakter bukti menurut istilah ini dan bagaimana percaya berasaskan bukti mencorakkan perangai kita dalam kehidupan seharian. Apabila kita abaikan perkara ini, ia menjadi musibah.


    Era pasca kebenaran. Post truth era.


    Kebenaran sudah tidak penting. Bukti sudah tidak perlu. Manusia mendakwa, bercakap, menuduh sesuka hati. Dan mendatangkan hujah kebenaran tidak dapat mengubah pendirian.


    Kita masuk ke era fitnah Dajjal yang Nabi ﷺ amarankan.


    #ibrah #surahalkahf #alkahf #kebenaran #muhasabah

    Afficher plus Afficher moins
    10 min
  • Delete dan Ban Komen Jelek: Hati Tisu Atau Jaga Baseline
    Sep 3 2025

    𝗣𝗔𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗘𝗡 𝗝𝗘𝗟𝗘𝗞: 𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗧𝗜𝗦𝗨 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗝𝗔𝗚𝗔 𝗕𝗔𝗦𝗘𝗟𝗜𝗡𝗘?
    Apabila pengunjung halaman meninggalkan komen buruk, adakah pengurus atau pemilik halaman patut biarkan sahaja, atau sorok (FB Page), padam, dan/atau 'ban' penulis komen berkenaan?
    Dilemanya ialah, jika tindakan diambil ke atas komen tersebut, ia lazim dianggap menyekat kebebasan bersuara, tidak terbuka terhadap perbezaan pendapat, malah mungkin dikecam sebagai 'berhati tisu'.
    Sedangkan, tindakan berkenaan diambil mungkin atas pertimbangan lain. Kita perlukan persekitaran yang selamat untuk berbincang.
    𝗞𝗔𝗧𝗔 𝗞𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡
    Kajian menunjukkan membaca maklumat faktual dalam talian boleh membetulkan sebahagian kepercayaan salah, tetapi kesannya kecil dan mudah dipengaruhi faktor lain. Semakan fakta mengurangkan kepercayaan terhadap maklumat salah secara sederhana (Walter et al., 2021), namun maklumat salah berkaitan sains lebih sukar diperbetulkan (Walter & Murphy, 2023), dan dakwaan palsu terus mempengaruhi walaupun telah dibuktikan salah; fenomena 𝙘𝙤𝙣𝙩𝙞𝙣𝙪𝙚𝙙 𝙞𝙣𝙛𝙡𝙪𝙚𝙣𝙘𝙚 𝙚𝙛𝙛𝙚𝙘𝙩 (Lewandowsky et al., 2012).
    Pendedahan berulang meningkatkan persepsi kebenaran terhadap maklumat palsu (𝙞𝙡𝙡𝙪𝙨𝙤𝙧𝙮 𝙩𝙧𝙪𝙩𝙝 𝙚𝙛𝙛𝙚𝙘𝙩) (Fazio et al., 2015), manakala confirmation bias dan belief perseverance menyebabkan fakta bercanggah ditolak atau disalah tafsir (Nickerson, 1998).
    Di media sosial, 𝙚𝙘𝙝𝙤 𝙘𝙝𝙖𝙢𝙗𝙚𝙧 dan 𝙛𝙞𝙡𝙩𝙚𝙧 𝙗𝙪𝙗𝙗𝙡𝙚 𝙖𝙡𝙜𝙤𝙧𝙞𝙩𝙢𝙖 menguatkan polarisasi dan menyukarkan pembetulan diterima (Cinelli et al., 2021; Flaxman et al., 2016).
    Kandungan berbentuk emosi atau penceritaan lebih berkesan daripada fakta semata-mata (Bavel et al., 2022), dan pemikiran analitik meningkatkan kesediaan mengubah kepercayaan (Unkelbach & Rom, 2024).
    𝗕𝗔𝗦𝗘𝗟𝗜𝗡𝗘
    Saya mengendalikan perbincangan dalam talian secara aktif semenjak tahun 1998. Itu sudah hampir tiga dekad. Pertimbangan saya ialah, keutamaan mengekalkan suasana sihat dalam perbincangan lebih utama, berbanding 'memberi peluang' dan 'hak kebebasan bersuara', tatkala individu gagal menjaga baseline.
    Baseline yang saya maksudkan ialah, setuju atau tidak setuju, berbahasalah dengan baik. Kita tidak perlu kelayakan akademik atau ilmu agama tinggi untuk berbahasa baik.

    Apabila komen jatuh dalam kategori kecelaan lisan yang agama Islam turut mengkelaskannya sebagai mazmumah yang banyak menghantar manusia ke Neraka, memadam komen malah ban netizen seperti ini adalah cara kita membantunya. Membantunya berhenti membuat zalim, aniaya, dan dosa.

    قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏ “انصر أخاك ظالمًا أو مظلومًا” فقال رجل‏:‏ يا رسول الله أنصره إذا كان مظلومًا أرأيت إن كان ظالمًا كيف أنصره‏؟‏ قال‏:‏ ‏"‏تحجزه -أو تمنعه- من الظلم فإن ذلك نصره” ‏(‏‏(‏رواه البخاري‏)‏‏)

    𝘙𝘢𝘴𝘶𝘭𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 ﷺ 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘣𝘥𝘢, "𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘢𝘶𝘥𝘢𝘳𝘢𝘮𝘶, 𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘪𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘻𝘢𝘭𝘪𝘮𝘪 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘥𝘪𝘻𝘢𝘭𝘪𝘮𝘪." 𝘚𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘦𝘭𝘢𝘬𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘯𝘺𝘢: "𝘞𝘢𝘩𝘢𝘪 𝘙𝘢𝘴𝘶𝘭𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩! 𝘈𝘬𝘶 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘯𝘵𝘶 𝘥𝘪𝘢 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘬𝘢 𝘥𝘪𝘢 𝘥𝘪𝘻𝘢𝘭𝘪𝘮𝘪, 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘯𝘵𝘶𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘬𝘢 𝘥𝘪𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘻𝘢𝘭𝘪𝘮𝘪?" 𝘉𝘢𝘨𝘪𝘯𝘥𝘢 ﷺ 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘣𝘥𝘢, "𝘒𝘢𝘮𝘶 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘩𝘢𝘭𝘢𝘯𝘨𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘬𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘻𝘢𝘭𝘪𝘮𝘢𝘯. 𝘐𝘵𝘶𝘭𝘢𝘩 𝘣𝘢𝘯𝘵𝘶𝘢𝘯𝘮𝘶 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢𝘯𝘺𝘢." [𝘩𝘢𝘥𝘪𝘴 𝘳𝘪𝘸𝘢𝘺𝘢𝘵 𝘢𝘭-𝘉𝘶𝘬𝘩𝘢𝘳𝘪]
    #netizen #tazkirah #muhasabah #hasrizal

    Afficher plus Afficher moins
    7 min